SIFAT-SIFAT ALLAH (IRADAH)

Posted by kopiahlembik on 6:58 PM in
H)SIFAT-SIFAT ALLAH (IRADAH)
04/01/2010

1)Semua orang ada cita-cita/kehendak /keinginan dalam hidup mereka.Bagaimana pula dengan anda?
Contoh:semua orang ingin berjaya dalam hidup , semua orang mahukan wajah yang cantik,semua orang tidak ingin gagal dalam pelajaran .
Tapi adakah semua keinginan manusia dapat dicapai?boleh jadi dicapai dan mungkin tidak dicapai semua bergantung dengan izin/kehendak Allah Taala.

Berbeza pula dengan kehendak Allah kerana apa sahaja kehendak Allah Taala pasti akan berlaku kerana Allah itu bersifat Iradat.

2)DEFINISI
Iradat ialah Allah bersifat Maha Berkehendak yakni berkehendak melakukan sesuatu perkara tanpa terikat dengan sesuatu .

Lihatlah sahaja alam semesta ini yang menjadi bukti Allah Taala bersifat iradat.


Di dalam al-Quran, Allah Ta'ala beberapa kali menyebut tentang kekuasaannya ke atas kejadian langit, bumi dan apa juga yang ada di antara kedua-duanya. Tidak ada seinci pun dari alam cakerawala ini yang bebas dari jajahan takluk Allah, termasuk bulan, bintang dan matahari.

Al-Quran juga memperincikan tabiat bulan dan matahari yang masing-masing beredar di atas paksi tersendiri. Kedua-dua makhluk itu tunduk dan patuh kepada ketentuan Allah. Antaranya sebagaimana firmanNya dalam Surah Yaasin 36: 38-40:

"Dan (sebahagian dari dalil kekuasaan Allah ialah) matahari. Ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya. Itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui.

"Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.

"(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan dan malam pula tidak dapat mendahului siang, kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing."

sumber:http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21867&Itemid=50


KISAH RAJA NAMRUD(Raja Babylon/iraq??) MEMBAKAR NABI IBRAHIM HIDUP-HIDUP
Nabi Ibrahim(saudara nabi Harun a.s) ialah nabi yg byk berjalan/merantau diatas muka bumi dari babylon ke palestin ke Mekah.Pada zaman itu ada undang-undang suami isteri dilarang bersetubuh.Bila ibunya hamil dia ditinggalkan kedalam gua untuk elakkan diketahui oleh orang ramai.

Nabi Ibrahim merupakan salah seorang nabi yang kaya.Ada memiliki anjing yang jaga ternakannya.Untuk membezakan anjing peliharaannya dengan yg lain diletakkan rantai emas dileher anjing.Tidak ada nilai emas yang menjadi rebutan manusia kepada nabi Ibrahim.

Baginda telah memecahkan berhala-berhala kecil dalam kuil dan meletakkan kapak di celah ketiak diatas berhala yang paling besar.Bila raja ,menteri dan hulubalang balik tengok keadaan itu.Mereka telah menyoal nabi Ibrahim a.s . Nabi Ibrahim mengatakan berhala yang paling besar itulah yang memusnahkan berhala kecil kerana kapak itu berada diberhala besar dgn tujuan menyedarkan raja Namrud bahawa perbuatan mereka menyembah berhala adalah sia-sia kerana tak boleh buat apa-apa.

Raja Namrud mengarahkan nabi Ibrahim a.s dibakar.Semua pokok yg dihimpun tidak mahu terbakar kecuali sejenis pokok kebesaran kristian .Kemudian dicampak ke dalam api.Allah Taala perintah api jadi sejuk.datang burung dan semut meludah ke dalam api untuk padam api.(apa sumbangan kita pada agama,kalau binatang yang kecil berusaha tolong nabi /agama Allah?)

*Api sifat panas dan membakar tapi berlawanan sifat bila Allah kehendakinya .
sumber:ustaz Kazim
http://www.kuliyah.net/V1/streaming-kuliyah/ustaz-kazim-elias-nabi-ibrahim-berhujah-dengan-namrud.html

3)HUKUM BERIMAN
Adalah Wajib percaya dan yakin .



Copyright © 2009 ASAS ULUMUL SYAR'IAH-AQIDAH All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.