g. Qudrat.
Posted by kopiahlembik
on
6:58 PM
in
TAHUN 4
Aras 1 :
1. Menyatakan pengertian sifat Qudrat.
2. Mengetahui dalil Allah bersifat Qudrat.
3. Meyakini kekuasaan Allah.
RAMPAIAN AGAMA ISLAM 1991
Ini gambar bumi .Kita tinggal diatas bumi .Di bumi ada siang dan malam . Tahukah kamu , bagaimana siang dan malam berlaku ?
Bumi berpusing dan beredar mengelilingi matahari .Cahaya matahari sangat terang ,apabila bumi menghadap matahari , terjadilah siang . Apabila bumi membelakangkan matahari terjadilah malam .
Ini gambar gasing . gasing juga boleh berpusing adakah ia berpusing sendiri?
Ini kipas .kipas juga boleh berpusing . Adakah ia berpusing dengan sendiri ?
Gasing dan kipas tidak boleh berpusing sendiri . Siapakah yang memusingkan gasing itu ?tentulah orang yang bermain gasing . Kenapakah kipas itu berpusing?kipas itu berpusing kerana ada orang yang memetiknya suisnya .
Bumi juga tidak boleh berpusing sendiri . siapakah yang menjadikan bumi berpusing ? ALLAH yang menjadikanya berpusing . ALLAH Maha Berkuasa .
Aras 2 :
1. Menyatakan dalil naqli Allah bersifat Qudrat dan menyatakan maksudnya.
2. Memahami kesan positif bagi orang yang percaya Allah berkuasa.
Aras 3 :
1. Menjelaskan dalil aqli tentang Qudrat Allah.
2. Memahami perbuatan dan percakapan yang bertentangan dengan
kepercayaan Allah berkuasa.
3. Banding beza kekuasaan Allah dengan kekuasaan makhluk.