BERIMAN KEPADA KITAB

Posted by kopiahlembik on 12:53 AM in
MUKA SURAT : 1-5

OBJEKTIF
1-menjelaskan pengertian beriman dengan kitab Allah .
2-Menyatakan nama-nama kitab Allah dan Rasul-Rasul yang menerimanya .

SET INDUKSI
-
gambar naskah Al Quran
-
gambar buku teks

INFO
1-menjelaskan pengertian
beriman dengan kitab Allah .

Erti Iman (الإيمان) secara harafiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah. Dengan itu orang yang beriman adalah ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin). Siapa yang percaya maka dia dikatakan beriman. Perkataan Iman (إيمان) diambil dari kata kerja 'aamana' (أمن) -- yukminu' (يوءمن) yang bererti 'percaya' atau 'membenarkan'. Perkataan Iman yang bererti 'membenarkan' itu disebutkan dalamal-Quran, di antaranya dalam Surah At-Taubahayat 62 yang bermaksud:

"Dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah dan membenarkan kepada para orang yang beriman."

Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud: "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota."

Aisyah r.a. pula berkata: "Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota."

Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah: "Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)."

Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, iaitu fasik, munafik atau kafir.

Kitab-kitab Allah ialah kalam ALLAH (kata-kata Allah) yang diwahyukan kepada Rasul-rasulnya . Ia mengandungi syariah (peraturan hidup dan ajaran Islam) untuk disampaikan kepada manusia ;

*Al Kitab berasal dari perkataan KA-TA-BA(kataba) ertinya mengabungkan sesuatu dengan sesuatu yang lain .

Hukum beriman adalah wajib . Kalau tak beriman rosak aqidah?

Selain Al Quran ada 3 lagi Kitab (tidak termasuk suhuf) iaitu :

1-Taurat(Nabi Musa a.s)-selama 40 tahun dalam bahasa Ibrani Yahudi/Bani Israel .ada hukum dan peraturan hidup

**Kitab taurat ini telah dimodified oleh bani Israel .Suatu hari berlaku penzinaan dalam zaman selepas Nabi Musa a.s sebelum kebangkitan Nabi Isa a.s dgn kitab Injil . Ia berlaku dikalangan kenamaan iaitu bukan rakyat.Mengikut Kitab Taurat kena rejam sampai mati kerana org yang berzina ini anak kenamaan telah bersuami .Disebabkan melibatkan org kenamaan mereka mengubah hukum rejam dalam kitab Taurat kepada hukuman diarak dengan muka diconteng dgn cat hitam (menyebabkab tidak dikenali) -buang hukum yang asal dan reka ayat yang baru oleh puak-puak ini.

***Israel di palestin=Bani Israil???

sumber:http://www.kuliyah.net/V1/index.php

2-Zabur(Nabi Daud a.s)-Dalam bahasa Siryani kepada Yahudi/Bani Israel?kata-kata nasihat dan hikmah (peraturan dan hukum adalah tiada) kerana pertaturan diteruskan sejak zaman Nabi Musa a.s dan Nabi Daud a.s

3-Injil (Nabi Isa a.s)-Ada hukum -Dalam bahasa Siryani kepada Yahudi/Bani Israel ??. Menyebut secara jelas tentang keRasulan Nabi Muhammad s.a.w iaitu nabi Akhir zaman (dalam kitab Barnaba-pengikut nabi Isa??) . Kitab yang lain sudah dimodifikasi oleh paderi-paderi mengikut nafsu.

4-AL Quran (Nabi Muhammad s.a.w)-Dalam Bahasa Arab kepada bangsa arab dan umat seluruh alam.

Maksud beriman kepada Kitab-kitab ALLAH ialah kita mesti yakin bahawa :
-ALLAH menurunkan kitab-kitab kepada rasul-rasulnya .
-Kitab adalah wahyu-wahyu yang menjadi panduan manusia .
-Kitab-kitab ALLAH mengandungi peraturan yang benar .

Manusia memerlukan kitab ALLAH kerana
-manusia memerlukan panduan untuk hidup sempurna .
-manusia mempunyai kelemahan .



BAHAN BANTU MENGAJAR
Sinopsis: Episod ini mengisahkan tentang kitab-kitabnya. Kitabnya ada empat iaitu Kitab Taurat, Kitab Zabur, Kitab Injil dan Kitab Al-Quran.


http://www.youtube.com/watch?v=Rv7F4L7terU


INFO:
PEMBAHAGIAN KITAB
a)SUHUF(merupakan pedoman yang tidak begitu lengkap mengandungi hanya penjelasan hukum_hakam dasar yang perlu diterangkan kepada manusia umumnya.suhuf berjumlah 100 buah.

I)Nabi Allah Shith A.S 50 suhuf
2)Nabi Allah Idris A.S 30 suhuf
3)Nabi Allah Ibrahim A.S 10 suhuf
4)Nabi Allah Musa A.S 10 suhuf

b)KITAB(satu himpunan dasar lengkap untuk segala peraturan dan dasar ketuhanan yang berhubung dengan dunia mahupun dengan akhirat,yang berhubung dengan zahir mahupun dengan yang batin.jumlah kitab ini hanya 4 buah iaitu:
1)TAURAT
2)ZABUR
3)INJIL
4)AL QURAN


sumber:indahnya bersyariat

LINK ILMIAH:

DEFINISI Kitab
PENDIDIKAN aqidah

Copyright © 2009 ASAS ULUMUL SYAR'IAH-AQIDAH All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.